Posts

Barang Yang Perlu Dibawa Semasa Pelayaran Houseboat di Tasik Kenyir

Image
Hari ni kami nak ceritakan sedikit tentang barang yang perlu dibawa semasa bersama Quinara Kenyir Houseboat.  BAGPACK Apabila ke Tasik Kenyir pelanggan harus memahami satu perkara,anda akan menaiki bot dan keadaan bentuk mukabumi adalah berbeza-beza mengikut pasang surut air. Adalah kami tidak menggalakkan anda menggunakan bag jenis troli atau senang difahami bag Akademi Fantasia tu. Jadi untuk memudahkan anda gunalah BagPack atau bag sandang. 𝐏𝐀𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐂𝐔𝐊𝐔𝐏𝐍𝐘𝐀 Pakaian yang dimaksudkan adalah seperti baju dan seluar. Bilangan helaian bergantung kepada berapa hari sewaktu pelayaran. Sekiranya anda ingin mengurangkan helaian, anda perlu menyediakan alat basuhan seperti sabun dan berus untuk membasuh semasa pelayaran. Sebaiknya pakaian yang hendak dibawa perlulah dari jenis yang nipis,ringan dan cepat kering untuk dibawa.Mesin basuh semi-automatic ada disediakan. 𝐏𝐀𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 Pakaian dalam adalah penting untuk dibawa bagi m

Pulau Petang Tasik Kenyir BBQ yang mengasyikkan

Image
Malam itu di Pulau Petang Kapten Ramli baru sahaja selesai menunaikan solat berjemaah bersama 2 lagi crew houseboat. Sambil-sambil bersembang pekena kopi o yang disediakan oleh pelancong sebentar tadi, Kapten Ramli mengarahkan pergerakan crew malam ini dan esok pagi. Abang Joe bangkit dan mula mengetuk-ngetuk arang dan menghidupkan api pemanggang.  Setelah api dihidupkan kumpulan pelancong yang mengikuti perjalanan kami mula membawa bahan-bahan masakan yang akan di bakar.  Keheningan dan kesejukan malam disulami gelak tawa para pelancong menghangatkan lagi bara api membakar daging barbeku. Baunya sangat menyelerakan. Begitu berselera para pelancong yang agak kelaparan dek seharian bermain air. Di dewan kecil houseboat, telah kedengaran muzik bergema. Alunan suara merdu disulami kehampehan suara para pelancong berkaraoke membahangkan lagi suasana keriangan. Para pelancong yang hadir benar-benar melepaskan ketegangan mereka. Crew-crew kami ha

Pulau Petang Pulau Romantik

Pulau Petang akan kelihatan amat cantik di waktu matahari mula terbenam. Kami tidak dapat membawa semua Pelancong ke sini. Ini adalah lokasi rahsia yang akan kami bawakan kepada beberapa orang sahaja. Sekiranya anda adalah yang bernasib baik kami akan bawakan anda. Lokasi ini juga bergantung kepada cuaca semasa. pastikan anda membawa kamera yang terbaik untuk ke sini. Pemandangan Matahari Terbenam di Pulau ini sangat cantik.Suasana romantis yang tidak akan anda jumpa di tempat lain. Langit merah jingga dengan berbagai gradasi, dengan awan bergulung dalam berbagai bentuk. Bukit Gunung bertukar gelap. Kami pernah menerima kata madah ini dari seorang Pelanggan Matahari jatuh ke peraduan Perlahan menarik tirai lembayung Laksana seorang putri Yang hendak tertidur Dalam balutan lembut sang Ibu Ratu Aku berdiri Menatap Sang Matahari yang berhias selimut senja Aku jatuh cinta Pada keindahan yang menghampar Aku jatuh merindu Pada secuil langit senja yang mulai turun Dan aku pun

Dah pernah sampai Pulau Petang?

Image
Jam 5.00 Petang Quinara Kenyir Houseboat berlabuh di Pulau Petang. Selesai minum petang, pelancong mula menyalin pakaian basah semula. Life jacket dipilih dari rak mengikut saiz badan masing-masing. Jejaring pintu dibuka seorang demi seorang pelancong terjun ke dalam tasik bermandi-manda di dalam Tasik yang luas berhadapan matahari petang sangat menyeronokkan.  Beberapa orang pelancong mula menurunkan kayak dari belakang Quinara Kenyir Houseboat. Satu Kayak boleh membawa 2 orang. Quinara Kenyir Houseboat menyediakan 2 Kayak untuk digunakan pelancong. Pelancong-pelancong mendayung Kayak mengelilingi Pulau Petang. Abang Mie memerhati gelagat pelancong. Bimbang berlaku sesuatu tidak diingini. Ketiga-tiga crew Quinara Kenyir Houseboat adalah veteren tentera sementara Abg Joe sendiri adalah bekas Komando Udara. Kapten Ramli dan Abang Joe mula menghidupkan Cartopper(bot laju), mereka akan membawa pelancong untuk bersiar-siar dengan bot laju sekeliling pulau.3 orang pelancong

Air Terjun Lasir Tasik Kenyir

Image
Aku tak nak tinggal lama story ni jadi aku sambung hari ini juga. Houseboat telah siap parking di Jeti Air Terjun Lasir. Makanan telah terhidang. Aroma hidangan mula mencucuk hidung. Pelancong mula menjamu selera. Begitu selera mereka menikmati hidangan berlatarbelakangkan irama alam semulajadi. Deruman bunyi air terjun membuatkan hati rasa hilang kesabaran.  Setiap Pelancong diwajibkan memakai Life Jacket sebelum dibenarkan keluar dari Houseboat. Abg Mie dan Abg Joe telah bersedia dengan Cartopper masing-masing. Pelancong dibawa 5 orang setiap trip bergilir-gilir ke kaki Air Terjun Lasir. Setelah semua pelancong dipindahkan dari houseboat. Mereka akan bersama-sama pelancong bermandi-manda di Air Terjun Lasir. Keselamatan pelancong sentiasa dititik berat. Mereka sentiasa diingatkan supaya tidak sesekali terlalai, kemalangan boleh berlaku sekelip mata. Setiap crew Quinara Kenyir Houseboat telah terlatih untuk melayan pelanggan. Setiap pelanggan akan dilayan sebaik mungkin.

Pengalaman Bercuti di Tasik Kenyir dari Kumpulan Dialisis Pakar Pahang

Hari ini kami nak kongsikan kisah percutian En Azmi dan Group Dialisis Pakar dari Kuantan yang telah bercuti bersama Quinara Kenyir Houseboat. Pada pagi itu crew kami seperti biasa akan bersedia untuk menyambut tetamu. Jam 8.00 pagi kami menerima panggilan telefon daripada Pelanggan kami En Azmi. Beliau baru selesai bersarapan di RNR Tasik Kenyir iaitu kira-kira kurang lebih 2 km dari Jeti bot kami. Crew kami yang ditugaskan untuk guide pelanggan iaitu Zudilmi atau dikenali sebagai Abang Joe telah bersedia untuk menjadi pengiring mereka. Enjin pacuan empat roda 4x4 berwarna hitam itu dihidupkan.Berlogokan Quinara Kenyir Houseboat deruman enjin 4x4 tersebut membelah hening pagi menuju ke RNR Tasik Kenyir. kurang lebih 10 minit mereka telah bersua muka. Tangan dihulur senyuman melentur.  Abang Joe mengarahkan pemandu-pemandu kenderaan dari kumpulan Dialisis Pakar untuk mengikutinya. Pedal minyak ditekan. Kenderaan bergerak perlahan menuju ke Jeti.  Sesampainya di Jet

Nadya Syahira Di Quinara Kenyir Houseboat

Image
Facebook QuinaraTube