Dah pernah sampai Pulau Petang?


Jam 5.00 Petang Quinara Kenyir Houseboat berlabuh di Pulau Petang.

Selesai minum petang, pelancong mula menyalin pakaian basah semula. Life jacket dipilih dari rak mengikut saiz badan masing-masing. Jejaring pintu dibuka seorang demi seorang pelancong terjun ke dalam tasik bermandi-manda di dalam Tasik yang luas berhadapan matahari petang sangat menyeronokkan. 

Beberapa orang pelancong mula menurunkan kayak dari belakang Quinara Kenyir Houseboat. Satu Kayak boleh membawa 2 orang. Quinara Kenyir Houseboat menyediakan 2 Kayak untuk digunakan pelancong. Pelancong-pelancong mendayung Kayak mengelilingi Pulau Petang. Abang Mie memerhati gelagat pelancong. Bimbang berlaku sesuatu tidak diingini. Ketiga-tiga crew Quinara Kenyir Houseboat adalah veteren tentera sementara Abg Joe sendiri adalah bekas Komando Udara.

Kapten Ramli dan Abang Joe mula menghidupkan Cartopper(bot laju), mereka akan membawa pelancong untuk bersiar-siar dengan bot laju sekeliling pulau.3 orang pelancong boleh di bawa dalam setiap kali. Quinara Kenyir Houseboat ada 2 buah bot laju. 6 orang boleh dibawa dalam satu masa.

Seronok memang seronok. Pengalaman baru yang mengujakan. Lebih-lebih lagi buat yang pertama kali menaiki bot laju. pasti mengujakan. Jeritan-jeritan manja yang mencuit hati pasti kedengaran. Lantunan bot dek kelajuan enjin dan hentaman ombak membuatkan bot sesekali terbang sebelum menghempas. Disinilah kecekapan Crew kami teruji antara memberikan keseronokan dan keselamatan. Namun dengan latihan yang sentiasa diberikan kami yakin dengan kemampuan setiap crew. Captain Ramli sentiasa menilai tahap kecekapan crew dibawah kendaliannya.

Riuh Pulau Petang dengan hilai tawa pelancong Petang itu. tak sedar masa mencemburui kemeriahan itu.Kemeriahan itu tidak terhenti disitu. Saat romantik bakal menjelma.

Nak tahu. Terus bersama kami. Pulau Petang Pulau Romantik.

Comments

Popular posts from this blog

Barang Yang Perlu Dibawa Semasa Pelayaran Houseboat di Tasik Kenyir

Pengalaman Bercuti di Tasik Kenyir dari Kumpulan Dialisis Pakar Pahang

Air Terjun Lasir Tasik Kenyir