Pengalaman Bercuti di Tasik Kenyir dari Kumpulan Dialisis Pakar Pahang


Hari ini kami nak kongsikan kisah percutian En Azmi dan Group Dialisis Pakar dari Kuantan yang telah bercuti bersama Quinara Kenyir Houseboat.

Pada pagi itu crew kami seperti biasa akan bersedia untuk menyambut tetamu. Jam 8.00 pagi kami menerima panggilan telefon daripada Pelanggan kami En Azmi. Beliau baru selesai bersarapan di RNR Tasik Kenyir iaitu kira-kira kurang lebih 2 km dari Jeti bot kami.

Crew kami yang ditugaskan untuk guide pelanggan iaitu Zudilmi atau dikenali sebagai Abang Joe telah bersedia untuk menjadi pengiring mereka. Enjin pacuan empat roda 4x4 berwarna hitam itu dihidupkan.Berlogokan Quinara Kenyir Houseboat deruman enjin 4x4 tersebut membelah hening pagi menuju ke RNR Tasik Kenyir. kurang lebih 10 minit mereka telah bersua muka. Tangan dihulur senyuman melentur. 

Abang Joe mengarahkan pemandu-pemandu kenderaan dari kumpulan Dialisis Pakar untuk mengikutinya. Pedal minyak ditekan. Kenderaan bergerak perlahan menuju ke Jeti. 

Sesampainya di Jeti, Kapten Ramli dan seorang lagi kaki tangan telah bersedia menyambut tetamu. Ketiga-tiga crew yang akan menemani percutian Dialisis Pakar membantu pelancong untuk menurunkan bagasi. Setelah semuanya telah bersedia. Tepat jam 9.00 pagi. Enjin utama houseboat dihidupakan. Generator elektrik turut dihidupkan bagi menggantikan tenaga elektrik dari TNB.

Deruman enjin mula memecah hening diiringi sayup-sayup bunyian unggas. Abang Joe memegang stereng pemandu sambil dibantu oleh Abang Mie. Manakala Kapten Ramli telah bersedia untuk memberi taklimat kepada pelancong.

Pelancong mula mendengar taklimat satu persatu. Bot mula bergerak perlahan meninggalkan Jeti. Abang Mie menghidupkan enjin cartopper untuk ke Balai Polis Marin. Setelah membuat laporan pergerakan kepada anggota Polis Marin, Abang Mie kembali ke Houseboat.

Pergerakan menuju ke Air Terjun Lasir memakan masa 2 hingga 3 jam bergantung kepada keadaan cuaca. Namun untuk hari ini, pergerakan agak lancar tanpa dibayangi cuaca buruk. Setelah selesai memberi taklimat keselamatan, Kapten Ramli kembali mengemudi. Houseboat bergerak dengan kelajuan 5-9 knot. Quinara Kenyir Houseboat pernah menjadi houseboat terpantas di Tasik Kenyir. Enjin cummins 3.5 buatan USA tidak pernah mengecewakan apatah lagi dengan servis yang tepat pada masa.

Pelancong yang telah masuk ke bilik seketika selepas mendengar taklimat keselamatan mula keluar untuk duduk di beranda. Mereka mula teruja dengan kenyamanan dan keindahan alam semulajadi di Tasik Kenyir. Udara sungguh bersih, pemandangan yang menyegarkan mata. Keterujaan pastinya apabila melihat kehijauan air dan tumbuhan disekeliling, awan membiru menemani sepanjang perjalanan. Sejuk dan segar. Bagi mereka yang membawa teropong, sudah pastinya mula meneropong burung-burung di sekitar pulau di Tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara ini. 

Sesekali terdengar gelak tawa keriangan dan keterujaan pelancong. Sementara Kapten Ramli memandu. Abang Joe ke ruang hadapan untuk bersembang santai dengan pelancong. Sementara Abg Mie senantiasa bersiap sedia memerhati pelancong sekiranya berlaku kejadian tidak diingini. Abg Mie ditugaskan untuk menjaga keselamatan.

Kelihatan beberapa orang pelancong mula memasuki dapur untuk memasak makanan tengahari.

Nantikan sambungannya. Air Terjun Lasir Tasik Kenyir.

Comments

Popular posts from this blog

Barang Yang Perlu Dibawa Semasa Pelayaran Houseboat di Tasik Kenyir

Air Terjun Lasir Tasik Kenyir