Pulau Petang Pulau Romantik

Pulau Petang akan kelihatan amat cantik di waktu matahari mula terbenam.


Kami tidak dapat membawa semua Pelancong ke sini. Ini adalah lokasi rahsia yang akan kami bawakan kepada beberapa orang sahaja. Sekiranya anda adalah yang bernasib baik kami akan bawakan anda. Lokasi ini juga bergantung kepada cuaca semasa. pastikan anda membawa kamera yang terbaik untuk ke sini.

Pemandangan Matahari Terbenam di Pulau ini sangat cantik.Suasana romantis yang tidak akan anda jumpa di tempat lain. Langit merah jingga dengan berbagai gradasi, dengan awan bergulung dalam berbagai bentuk. Bukit Gunung bertukar gelap.

Kami pernah menerima kata madah ini dari seorang Pelanggan

Matahari jatuh ke peraduan
Perlahan menarik tirai lembayung
Laksana seorang putri
Yang hendak tertidur
Dalam balutan lembut sang Ibu Ratu
Aku berdiri
Menatap Sang Matahari yang berhias selimut senja
Aku jatuh cinta
Pada keindahan yang menghampar
Aku jatuh merindu
Pada secuil langit senja yang mulai turun
Dan aku pun masih berdiri
Menatap lekat sang garis cakrawala
Yang membujur
Laksana guratan garis sang pelukis
Dan aku pun mulai merancu pada diri ku
Seiring matahari yang semakin membenam
Aku pun mulai mengenal sebuah perpisahan
Meskipun Aku tiada pernah mengenal sebuah pertemuan
Dan seiring jatuhnya sang keindahan senja
Aku pun menitikkan air mata
Menangisi sebuah perpisahan.
Malamnya pula apa aktiviti di Quinara Kenyir Houseboat? Nantikan sambunganya.

Comments

Popular posts from this blog

Barang Yang Perlu Dibawa Semasa Pelayaran Houseboat di Tasik Kenyir

Pengalaman Bercuti di Tasik Kenyir dari Kumpulan Dialisis Pakar Pahang

Air Terjun Lasir Tasik Kenyir