Air Terjun Lasir Tasik Kenyir



Aku tak nak tinggal lama story ni jadi aku sambung hari ini juga.

Houseboat telah siap parking di Jeti Air Terjun Lasir. Makanan telah terhidang. Aroma hidangan mula mencucuk hidung. Pelancong mula menjamu selera. Begitu selera mereka menikmati hidangan berlatarbelakangkan irama alam semulajadi. Deruman bunyi air terjun membuatkan hati rasa hilang kesabaran. 

Setiap Pelancong diwajibkan memakai Life Jacket sebelum dibenarkan keluar dari Houseboat. Abg Mie dan Abg Joe telah bersedia dengan Cartopper masing-masing. Pelancong dibawa 5 orang setiap trip bergilir-gilir ke kaki Air Terjun Lasir. Setelah semua pelancong dipindahkan dari houseboat. Mereka akan bersama-sama pelancong bermandi-manda di Air Terjun Lasir. Keselamatan pelancong sentiasa dititik berat. Mereka sentiasa diingatkan supaya tidak sesekali terlalai, kemalangan boleh berlaku sekelip mata. Setiap crew Quinara Kenyir Houseboat telah terlatih untuk melayan pelanggan. Setiap pelanggan akan dilayan sebaik mungkin.

Pelancong begitu gembira dengan kebersihan dan kecantikan Air Terjun Lasir. Deruman air terjun setinggi 500 kaki membuatkan suhu sekitar menjadi teramat sejuk.Ditengah-tengah air terjun ini juga terdapat sebuah jambatan gantung yang membolehkan pelancong untuk menangkap gambar dan menyeberang.

Bagi pelancong yang bermandi manda dibahagian bawah, mereka pasti teruja dan kegelian dengan anak-anak ikan yang bermain di kaki mereka. Ini adalah salah satu terapi yang memberikan ketenangan kepada pelancong. 

Sedang seronok mereka bermandi manda sehingga terlupa masa sentiasa mencemburui. Jam sudah menunjukkan 3.30 petang. Kami perlu beredar. Masih banyak tempat perlu kami terokai.Kapten telah membunykan hon menandakan kami perlu beredar dari kawasan air terjun itu. 

Abang Joe dan Abang Mie mula mengangkut pelancong kembali ke Houseboat. Sementara Kapten Ramli sudah menghidupkan enjin. Selesai sahaja pelancong dipindahkan ke bot. Kapten Ramli kembali memulaskan stering menuju ke Pulau Petang.

Nak tahu apa aktiviti di Pulau Petang. Ikuti blog ini.

Comments

Popular posts from this blog

Barang Yang Perlu Dibawa Semasa Pelayaran Houseboat di Tasik Kenyir

Pengalaman Bercuti di Tasik Kenyir dari Kumpulan Dialisis Pakar Pahang