Barang Yang Perlu Dibawa Semasa Pelayaran Houseboat di Tasik Kenyir
Hari ni kami nak ceritakan sedikit tentang barang yang perlu dibawa semasa bersama Quinara Kenyir Houseboat.
BAGPACK
Apabila ke Tasik Kenyir pelanggan harus memahami satu
perkara,anda akan menaiki bot dan keadaan bentuk mukabumi adalah berbeza-beza
mengikut pasang surut air. Adalah kami tidak menggalakkan anda menggunakan bag
jenis troli atau senang difahami bag Akademi Fantasia tu. Jadi untuk memudahkan
anda gunalah BagPack atau bag sandang.
𝐏𝐀𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐂𝐔𝐊𝐔𝐏𝐍𝐘𝐀
Pakaian yang dimaksudkan adalah seperti baju dan seluar.
Bilangan helaian bergantung kepada berapa hari sewaktu pelayaran. Sekiranya
anda ingin mengurangkan helaian, anda perlu menyediakan alat basuhan seperti
sabun dan berus untuk membasuh semasa pelayaran. Sebaiknya pakaian yang hendak
dibawa perlulah dari jenis yang nipis,ringan dan cepat kering untuk dibawa.Mesin
basuh semi-automatic ada disediakan.
𝐏𝐀𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌
Pakaian
dalam adalah penting untuk dibawa bagi menjaga kebersihan peribadi. Bagi wanita
diingatkan supaya membawa bersama ‘tuala wanita’ jika perlu.
BAJU BASAHAN
Memandangkan aktiviti bersama Quinara Kenyir Houseboat sejumlah
besarnya di air, pelancong adalah dinasihatkan membawa secukupnya.
𝐓𝐄𝐋𝐄𝐊𝐔𝐍𝐆/PAKAIAN SEMBAHYANG
Bagi
yang beragama Islam, telekung yang ringkas perlu dibawa untuk menunaikan solat
sepanjang perkhemahan.
𝐊𝐀𝐈𝐍 𝐒𝐀𝐑𝐔𝐍𝐆
Kain sarung bagi lelaki dan wanita adalah pilihan untuk dibawa
dan digunakan semasa waktu tidur atau waktu lapang semasa berehat.
𝐁𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐑𝐔𝐌
Benang
dan jarum digunakan untuk menjahit sekiranya pakaian yang dipakai koyak semasa aktiviti
𝐋𝐀𝐌𝐏𝐔 𝐒𝐔𝐋𝐔𝐇
Lampu suluh amat penting sebagai alat pencahayaan. Penggunaannya tidak mengira masa. Kadangkala di waktu siang juga perlu menggunakan lampu suluh. Lampu suluh yang baik adalah jenis head lamp dan pencahayaan terbaik adalah dari mentol jenis LED.
Lampu suluh amat penting sebagai alat pencahayaan. Penggunaannya tidak mengira masa. Kadangkala di waktu siang juga perlu menggunakan lampu suluh. Lampu suluh yang baik adalah jenis head lamp dan pencahayaan terbaik adalah dari mentol jenis LED.
𝐖𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀
Wang
belanja penting sebagai langkah berjaga jika perlu membeli apa-apa di kedai
berhampiran sebelum memulakan pelayaran.Tiada mesin ATM di Tasik Kenyir.
𝐏𝐄𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐍𝐎𝐓𝐀
Pen
dan buku nota penting untuk membuat sebarang catatan sepanjang tempoh pelayaran.
𝐊𝐀𝐌𝐄𝐑𝐀
Kamera
boleh dibawa untuk merakam setiap detik sepanjang waktu perkhemahan. Namun
harus diingatkan, jika ianya bukan kamera jenis ‘waterproof’ haruslah
meletakkan kamera di dalam bekas atau plastik untuk mengelakkan rosak jika terkena
air.
CASING WATERPROOF
Casing waterproof diperlukan bagi menjamin keselamatan telefon
anda semasa melakukan aktiviti air.
𝐒𝐄𝐋𝐈𝐏𝐀𝐑
GETAH
Selipar
dibawa untuk digunakan ketika waktu santai sebagai alas kaki jika cuma berada
di dalam bot dan ketika malas menggunakan kasut atau ketika tidak mempunyai
aktiviti berat. Paling best kalau anda ada selipar Crocs.
𝐊𝐀𝐒𝐔𝐓 / 𝐁𝐔𝐓
Pemilihan kasut atau but haruslah yang sesuai dengan kawasan
hiking/treking. Sebaik-baiknya membawa 2 pasang kasut atau but sebagai ganti
jika salah satu basah atau terkoyak.
TOILETRIES
Barangan peribadi
seperti towel mandi,berus gigi,ubat gigi,pencuci muka,sabun mandi ,shampoo ,conditioner
dan lain-lain tu bawa ye.(pastikan dlm size kecil je sudahla..nnt berat pula
nak berangkut beg..pegi 3 hari 2 mlm je..bukan sebulan ya :)
UBAT-UBATAN
Elok sediakan untuk
anda dan anak-anak dikhuatiri jatuh sakit ke..muntah-muntah ke.. demam
ke...alahan ke boleh la kita makan ubat sementara nak ke klinik.
PLASTIK UNTUK BAJU BASAH
Plastik untuk baju
basahan ni penting untuk anda menyimpan baju-baju yang dah dipakai semasa nak
balik nanti. Kalau tak habislah basah baju dan peralatan lain nanti.
AIR MINUMAN
Air minuman/air
mineral amat penting untuk dibawa. Sebaik-baiknya pilih bekas air yang mudah
dibawa serta yang mudah disimpan di dalam beg. Bekalan air di houseboat adalah
dari sumber air Tasik Kenyir. Mungkin ada sesetengah pelanggan tidak dapat
menerima rasa air tersebut. Bawa siap-siap untuk berapa hari tempoh perjalanan.
MAKANAN RINGAN
Bagi anda yang suka mengunyah dan suka makan makanan
ringan malam-malam tu. Seeloknya anda membawa bekal siap-siap. Kerana tiada
kedai untuk disinggahi bila bot dah mula belayar. Apa yang kami boleh cadangkan
roti, sardine, maggi, cekedis, air kotak dan lain-lain ikut selera anda.
Bermain air di Tasik Kenyir akan membakar banyak kalori anda dan membuatkan
anda akan rasa kelaparan yang teruk…hihihi…
Salam...ubat nyamuk perlu tak?
ReplyDelete