Pulau Petang Tasik Kenyir BBQ yang mengasyikkan
Malam itu di Pulau Petang
Kapten Ramli baru sahaja selesai menunaikan solat berjemaah bersama 2 lagi crew houseboat. Sambil-sambil bersembang pekena kopi o yang disediakan oleh pelancong sebentar tadi, Kapten Ramli mengarahkan pergerakan crew malam ini dan esok pagi.
Abang Joe bangkit dan mula mengetuk-ngetuk arang dan menghidupkan api pemanggang.
Setelah api dihidupkan kumpulan pelancong yang mengikuti perjalanan kami mula membawa bahan-bahan masakan yang akan di bakar.
Keheningan dan kesejukan malam disulami gelak tawa para pelancong menghangatkan lagi bara api membakar daging barbeku. Baunya sangat menyelerakan.
Begitu berselera para pelancong yang agak kelaparan dek seharian bermain air. Di dewan kecil houseboat, telah kedengaran muzik bergema. Alunan suara merdu disulami kehampehan suara para pelancong berkaraoke membahangkan lagi suasana keriangan. Para pelancong yang hadir benar-benar melepaskan ketegangan mereka.
Crew-crew kami hanya tersenyum melihat gelagat para pelancong. Mudah-mudahan mereka berpuas hati dengan khidmat yang kami berikan.
Setelah seharian bermandi manda, mereka berbabeku mengeratkan silatulrahim. Nyanyian karaoke melepas tegangan. Inilah keriangan Tasik Kenyir yang kami ingin kongsikan.
Comments
Post a Comment