Hari ni kami nak ceritakan sedikit tentang barang yang perlu dibawa semasa bersama Quinara Kenyir Houseboat. BAGPACK Apabila ke Tasik Kenyir pelanggan harus memahami satu perkara,anda akan menaiki bot dan keadaan bentuk mukabumi adalah berbeza-beza mengikut pasang surut air. Adalah kami tidak menggalakkan anda menggunakan bag jenis troli atau senang difahami bag Akademi Fantasia tu. Jadi untuk memudahkan anda gunalah BagPack atau bag sandang. 𝐏𝐀𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐂𝐔𝐊𝐔𝐏𝐍𝐘𝐀 Pakaian yang dimaksudkan adalah seperti baju dan seluar. Bilangan helaian bergantung kepada berapa hari sewaktu pelayaran. Sekiranya anda ingin mengurangkan helaian, anda perlu menyediakan alat basuhan seperti sabun dan berus untuk membasuh semasa pelayaran. Sebaiknya pakaian yang hendak dibawa perlulah dari jenis yang nipis,ringan dan cepat kering untuk dibawa.Mesin basuh semi-automatic ada disediakan. 𝐏𝐀𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 Pakaian dalam adalah penting untuk dibawa ba...
Aku tak nak tinggal lama story ni jadi aku sambung hari ini juga. Houseboat telah siap parking di Jeti Air Terjun Lasir. Makanan telah terhidang. Aroma hidangan mula mencucuk hidung. Pelancong mula menjamu selera. Begitu selera mereka menikmati hidangan berlatarbelakangkan irama alam semulajadi. Deruman bunyi air terjun membuatkan hati rasa hilang kesabaran. Setiap Pelancong diwajibkan memakai Life Jacket sebelum dibenarkan keluar dari Houseboat. Abg Mie dan Abg Joe telah bersedia dengan Cartopper masing-masing. Pelancong dibawa 5 orang setiap trip bergilir-gilir ke kaki Air Terjun Lasir. Setelah semua pelancong dipindahkan dari houseboat. Mereka akan bersama-sama pelancong bermandi-manda di Air Terjun Lasir. Keselamatan pelancong sentiasa dititik berat. Mereka sentiasa diingatkan supaya tidak sesekali terlalai, kemalangan boleh berlaku sekelip mata. Setiap crew Quinara Kenyir Houseboat telah terlatih untuk melayan pelanggan. Setiap pelanggan akan dilayan sebaik mung...
Jam 5.00 Petang Quinara Kenyir Houseboat berlabuh di Pulau Petang. Selesai minum petang, pelancong mula menyalin pakaian basah semula. Life jacket dipilih dari rak mengikut saiz badan masing-masing. Jejaring pintu dibuka seorang demi seorang pelancong terjun ke dalam tasik bermandi-manda di dalam Tasik yang luas berhadapan matahari petang sangat menyeronokkan. Beberapa orang pelancong mula menurunkan kayak dari belakang Quinara Kenyir Houseboat. Satu Kayak boleh membawa 2 orang. Quinara Kenyir Houseboat menyediakan 2 Kayak untuk digunakan pelancong. Pelancong-pelancong mendayung Kayak mengelilingi Pulau Petang. Abang Mie memerhati gelagat pelancong. Bimbang berlaku sesuatu tidak diingini. Ketiga-tiga crew Quinara Kenyir Houseboat adalah veteren tentera sementara Abg Joe sendiri adalah bekas Komando Udara. Kapten Ramli dan Abang Joe mula menghidupkan Cartopper(bot laju), mereka akan membawa pelancong untuk bersiar-siar dengan bot laju sekeliling pulau.3 orang pelanc...
Comments
Post a Comment